Rabu, 25 September 2013

Aussy 1: kerah duit

hoih..tanpa ku sedar...smua tiket dh booking..now tgh cari duit nk byr smua tu..gila tensi..caner la aku leh join grup org2 tuak..tak enjoice langsung!!lg merana ada la..

mnyesal pun dh xguna lg.now lg 3 bulan before date tu..terasa lmbt sgt..nk je masa tu cpt berlalu ke tahun depan..ai is sengsara

hangat-hangat taik hidung masin jer

hoih aku ni yer yer je nk update blog tiap2 hari..tu smua tipu je...semangat taik kucing je la..haha..lgpun xde mende sgt pun nk cerita.

aku lebih ske blogwalking..kdg2 tu smpai smua blog dh habis aku baca..hoih bosan gila hidup aku

Rabu, 19 Jun 2013

soalan popular di abad ini

Si A : Ko bila nak kawen?? Umor dah nk dkt 30 dh kut
Aku : Aku??hmmm... (diam)


Ni adalah jawapan yang bermain2 di dalam minda aku.Hahahaha

a. Suka hati aku lah nak kawen bila..ko sebok pesal
b. Apsal..ko nak kawen ngan aku ke?
c. Yelah2, esok aku kawen..Puas hati?
d. Blm ada rejeki (tunduk malu)
e. Ala..rileks la..Blm lg 30..aku nk fokus kerjaya dulu..Lgpn aku xdesperate lg..Puii
f. Kang aku dh kawen, sok lusa ko tanya pasal anak pulak!! So xde makna nye aku nk jawab soklan ko tuh.Buang karen je.
g. Aku bujeng ni ada kacau ko ke?


Huargghhh tensen.Mulut kambing xboleh nk tutup, inikan lg mulut manusia. Gila Saiko okeh.Korang igt sng ke nak jagi pompuan?Nak2 time umo camni lom kawen lg..Huhu nampak benor tak laku.Ye nokk..mak xlaku..Sbb mak xgojes mcm korang


Setakat ni aku nk tak nk kne jugak jawab soklan ni.Dh 3 tahun aku menjawab.Korang xpenat ke tnya soklan ni. BOSAN HOKEY..


And untuk pengetahuan korang..selagi aku xcakap aku nk kawen..so selagi tu aku xkan kawen ok..So paham2 la sendiri ok..Jgn byk bunyikkk.Kang xpepasal ada org makan simen



Jumaat, 14 Jun 2013

mode : sentap

Keluarga aku kecik je. Aku ada mak dan sorang adik perempuan, setahun muda dr aku. Lain dari tu aku mmg xde sesape lg pn kat dunia ni.Tapi aku dgn adik aku mmg xsebulu. Mungkin sbb ada mak je kami still xputus  hubungan kut. Tp adik aku ni jenis kering hati. Dari kecik sampai la sekarang, aku asyk makan hati je dgn dia. Sampaikan aku xconfident dgn diri sendiri.down memanjang je. Sbb tu idup aku x fun kut. Lebih kepada menyendiri.
 
Nak dijadikan cerita, harini aku sesaja je kut post status dan tag dia.Tetiba dia reply kasar.(yea..kasar bagi aku, mungkin ati aku sensetip..sbb asyk makan ati je!!) Now i fell down. Rasa tak dihargai. Yup, currently mmg aku xde duit.Sbb menanggung adik aku kat kg tu. Dia cikgu..tgh tggu posting je..so sepanjang dia mnganggur tu la aku tanggung dia, tanggung duit keta dia, gaji aku kecik..mne nk byr keta aku, keta dia lg..yezza keta dia pun pkai nama aku, so aku da xblh beli rumah lg!! Nampak tak betapa besarnye aku berkorban tuk dia.Tp dia xhargai. She keep saying aku ni mngungkit.(aku kotak biru, dia kotak merah)
 
 
Now aku sedar, suatu hari nanti, maybe aku tak kan diperlukan lg bila dia dh ada duit. Jadi mulai dr sekarang, aku kne keep saving, supaya one day nanti aku xkan mintak tolong dia walau apa cara sekali pun. Takut nanti aku dihina, dicaci hanya kerana duit. Well aku blh nampak perangai dia.Even mak aku pn cakap mcm tu.
 
So arini aku rasa macam nak lari...lari sejauh yang mungkin.Biar aku dalam dunia aku.Mungkin aku tak diperlukan di dunia ni. Huh, yup, really touching.Aku mmg sentap.Xpe la, mmg selama ni pn susah senang aku sorang2 je. Nasib aku ada mak.Klau tak, mmg sebatang kara la aku.
 
Aku ni mmg tpt org susah mntak tolong. Blh dikatakan kawan2, famili or sesape saje yg kenal aku akan datang kat aku klau diorg memerlukan pertolongan. Tp lepas tu senyap je kan. Ape la nasib aku.Ya Allah, Kau kuatkan ati aku untuk menerima dugaanMu ini.Sesungguhnya, aku tak skuat dalam mnghadapi ujian Mu ini. Tapi jika itu mmg takdir ku, aku redha.
 
Sigh~~rasa mmg mcm nak lari ke satu tempat je.Tpt dimana?Duit pn xcukup. Hmm..telan air liur je la.
 
 
Doakan aku berjaya.Thanks all
 
 

Jumaat, 7 Jun 2013

Berdengkur

Setiap org mngimpikan tidur yang lena, malah tanpa gangguan. Betul x? Aku merupakan salah seorang yg susah nk tido even badan penat gila(kecuali kt kg..pantang letak kepala terus lelap). Dan aku juga sangat sensetif pada bunyi-bunyian/ pergerakan. Smpaikan sekarang, aku xnk share bilik tido dgn roomate yg lain.sbb aku perlukan tidur yg berkualiti. Tp hasilnya still hampeh!
 
Aku lg sensetif klau share tilam yg sama..sampaikan aku nk bergerak pn risau..sbb risau takut org sebelah terjaga.Padahal org sebelah tu dh tido mati kut. Aku je yg terjaga setiap kali org sebelah bergerak.Haish sungguh la perihatin kan aku ni. :P
 
Besar kan masalah aku ni.Skrg ni aku terpikir la, cane nt klau aku kawen n dpt pasangan yg kuat berdengkur. Dah la tido sebelah kita..Tiap2 hari pulak tu. Oh no, blh ke aku nk tdo ni..Tahan ke? And jgn tak tau, hanya sbb isu kecik ni, ramai pasangan bertengkar dan akhirnya blh menimbulkan kepada isu penceraian.Omaigod
 
Kebanyakan yg berdengkur ni adalah golongan lelaki.Pompuan pn ada jugak. Tp kalau husben n wife kaki dengkur, fair n squire la kan.Tp klau org mcm aku ni?MATIII.
 
Cane la aku nk berlajar coupe dgn persekitaran yang bising. Klau dlm dunia aku mmg la boleh.Sbb seboleh2 nya, sebelum aku tdo, aku akan pastikan bilik aku kedap bunyi. No anasir luar yg boleh mngancam idup aku.
 
So pagi tadi mmg aku merana, sbb aku tido dng seseorang yg kuat berdengkur. Dah la tumpang rumah org. Sampai rumah dia dlm 12.30 am. Tu pn teman dia g supper dkt KFC. Lepas smpai rumah dia, kitorg sembang2 lagi sambil tengok tv. Dlm pukul 3 am br kitorg tido. Minggu ni dh la tdo malam aku terganggu..housemate umah aku ajak teman g makan la. Mlm ni pulak tdo kt rumah org la pulak.So badan ngan mata mmg dah letih teramat.Sekali letak kepala, eh ko dh berdengkur.Senangnye ko tido eh? Tp apsal la berbunyi2.Aku pn nak tido jugak.SANGAT LA TIDAK ADIL. Tp dalam berdengkur tu aku sempat la tido2 ayam.Sebabnye dia ni rajin juga beralih posisi.Setiap kali dia tukar posisi aku msti terjaga.
 
 
Sedar tak sedar aku pn terlelap.Tak tau la berapa la.Tetiba alarm hp dia berbunyi.Aiseh dh pukul 5.30 am ke? Pastu sedar la dia bangun off alarm tu kt meja depan hujung kaki.Then dia tdo balik.Dalam pkl 5.40 dia bangun.Gerak aku.Plan nk bangun awal sbb dlm 7 am dia nk hntr aku blk umah.so dia terus blk kg kt Johor. N aku pulak g keje.
 
Aku malas la nk mndi dulu.Suh ler dia mandi.Sekali lama gila da mndi.Aku dah siap kut kemas katil.Siap smpt lg main game.Huhuhu...sempat juga dgr dia mngeran..KAHKAHKAH so funny ok.
 
So after mandi ktorg pn gerak ke Putrajaya aka rumah aku, then aku naik rumah tdo dlm 30 minit lg.Tp xtido pn, more to baring2 je. Then mandi buat kali kedua.
 
So today record aku:
1. Mandi 2 kali (6 am & 8 am) - sbb rumah dia air panas.xpuas kut
2. Tido beberapa minit/jam je
 
So like burung hantu ok.tp di siang hari.Bergaya tak?
 
ahaha
 
 
 

Isnin, 3 Jun 2013

Offline


Unable to online due to hardisc crash. Therefore im bored..huahuahua..hidup aku sebenarnye adalah TERAMAT bosan. Xbyk aktiviti pn nk di kongsi kt sini. Ramai geng aku dh kawin.so kebanyakan aktiviti aku adalah secara solo. Sbb tu la blog aku sunyi je. Sesunyi aku..sigh

.: tetiba bunyi cengkerik:.

Rabu, 22 Mei 2013

aku bebas

Di saat aku bebas untuk merayau tanpa perlu melihat jam, aku buntu. tetiba je xde idea..huii padahal time xblh bebas ni byk sgt tempat nk dituju.Apakah??

Papehal pn mggu ni aku mmg free. Sbb xperlu terkejar2 untuk solat. Aku dpt cuti from The Creator.Yeaahaaa.

So sesape kaki jalan yg xpeduli time solat, blh la ajak aku beronggeng..puahaha.Motip??