Rabu, 25 September 2013

Aussy 1: kerah duit

hoih..tanpa ku sedar...smua tiket dh booking..now tgh cari duit nk byr smua tu..gila tensi..caner la aku leh join grup org2 tuak..tak enjoice langsung!!lg merana ada la..

mnyesal pun dh xguna lg.now lg 3 bulan before date tu..terasa lmbt sgt..nk je masa tu cpt berlalu ke tahun depan..ai is sengsara

hangat-hangat taik hidung masin jer

hoih aku ni yer yer je nk update blog tiap2 hari..tu smua tipu je...semangat taik kucing je la..haha..lgpun xde mende sgt pun nk cerita.

aku lebih ske blogwalking..kdg2 tu smpai smua blog dh habis aku baca..hoih bosan gila hidup aku

Rabu, 19 Jun 2013

soalan popular di abad ini

Si A : Ko bila nak kawen?? Umor dah nk dkt 30 dh kut
Aku : Aku??hmmm... (diam)


Ni adalah jawapan yang bermain2 di dalam minda aku.Hahahaha

a. Suka hati aku lah nak kawen bila..ko sebok pesal
b. Apsal..ko nak kawen ngan aku ke?
c. Yelah2, esok aku kawen..Puas hati?
d. Blm ada rejeki (tunduk malu)
e. Ala..rileks la..Blm lg 30..aku nk fokus kerjaya dulu..Lgpn aku xdesperate lg..Puii
f. Kang aku dh kawen, sok lusa ko tanya pasal anak pulak!! So xde makna nye aku nk jawab soklan ko tuh.Buang karen je.
g. Aku bujeng ni ada kacau ko ke?


Huargghhh tensen.Mulut kambing xboleh nk tutup, inikan lg mulut manusia. Gila Saiko okeh.Korang igt sng ke nak jagi pompuan?Nak2 time umo camni lom kawen lg..Huhu nampak benor tak laku.Ye nokk..mak xlaku..Sbb mak xgojes mcm korang


Setakat ni aku nk tak nk kne jugak jawab soklan ni.Dh 3 tahun aku menjawab.Korang xpenat ke tnya soklan ni. BOSAN HOKEY..


And untuk pengetahuan korang..selagi aku xcakap aku nk kawen..so selagi tu aku xkan kawen ok..So paham2 la sendiri ok..Jgn byk bunyikkk.Kang xpepasal ada org makan simen



Jumaat, 14 Jun 2013

mode : sentap

Keluarga aku kecik je. Aku ada mak dan sorang adik perempuan, setahun muda dr aku. Lain dari tu aku mmg xde sesape lg pn kat dunia ni.Tapi aku dgn adik aku mmg xsebulu. Mungkin sbb ada mak je kami still xputus  hubungan kut. Tp adik aku ni jenis kering hati. Dari kecik sampai la sekarang, aku asyk makan hati je dgn dia. Sampaikan aku xconfident dgn diri sendiri.down memanjang je. Sbb tu idup aku x fun kut. Lebih kepada menyendiri.
 
Nak dijadikan cerita, harini aku sesaja je kut post status dan tag dia.Tetiba dia reply kasar.(yea..kasar bagi aku, mungkin ati aku sensetip..sbb asyk makan ati je!!) Now i fell down. Rasa tak dihargai. Yup, currently mmg aku xde duit.Sbb menanggung adik aku kat kg tu. Dia cikgu..tgh tggu posting je..so sepanjang dia mnganggur tu la aku tanggung dia, tanggung duit keta dia, gaji aku kecik..mne nk byr keta aku, keta dia lg..yezza keta dia pun pkai nama aku, so aku da xblh beli rumah lg!! Nampak tak betapa besarnye aku berkorban tuk dia.Tp dia xhargai. She keep saying aku ni mngungkit.(aku kotak biru, dia kotak merah)
 
 
Now aku sedar, suatu hari nanti, maybe aku tak kan diperlukan lg bila dia dh ada duit. Jadi mulai dr sekarang, aku kne keep saving, supaya one day nanti aku xkan mintak tolong dia walau apa cara sekali pun. Takut nanti aku dihina, dicaci hanya kerana duit. Well aku blh nampak perangai dia.Even mak aku pn cakap mcm tu.
 
So arini aku rasa macam nak lari...lari sejauh yang mungkin.Biar aku dalam dunia aku.Mungkin aku tak diperlukan di dunia ni. Huh, yup, really touching.Aku mmg sentap.Xpe la, mmg selama ni pn susah senang aku sorang2 je. Nasib aku ada mak.Klau tak, mmg sebatang kara la aku.
 
Aku ni mmg tpt org susah mntak tolong. Blh dikatakan kawan2, famili or sesape saje yg kenal aku akan datang kat aku klau diorg memerlukan pertolongan. Tp lepas tu senyap je kan. Ape la nasib aku.Ya Allah, Kau kuatkan ati aku untuk menerima dugaanMu ini.Sesungguhnya, aku tak skuat dalam mnghadapi ujian Mu ini. Tapi jika itu mmg takdir ku, aku redha.
 
Sigh~~rasa mmg mcm nak lari ke satu tempat je.Tpt dimana?Duit pn xcukup. Hmm..telan air liur je la.
 
 
Doakan aku berjaya.Thanks all
 
 

Jumaat, 7 Jun 2013

Berdengkur

Setiap org mngimpikan tidur yang lena, malah tanpa gangguan. Betul x? Aku merupakan salah seorang yg susah nk tido even badan penat gila(kecuali kt kg..pantang letak kepala terus lelap). Dan aku juga sangat sensetif pada bunyi-bunyian/ pergerakan. Smpaikan sekarang, aku xnk share bilik tido dgn roomate yg lain.sbb aku perlukan tidur yg berkualiti. Tp hasilnya still hampeh!
 
Aku lg sensetif klau share tilam yg sama..sampaikan aku nk bergerak pn risau..sbb risau takut org sebelah terjaga.Padahal org sebelah tu dh tido mati kut. Aku je yg terjaga setiap kali org sebelah bergerak.Haish sungguh la perihatin kan aku ni. :P
 
Besar kan masalah aku ni.Skrg ni aku terpikir la, cane nt klau aku kawen n dpt pasangan yg kuat berdengkur. Dah la tido sebelah kita..Tiap2 hari pulak tu. Oh no, blh ke aku nk tdo ni..Tahan ke? And jgn tak tau, hanya sbb isu kecik ni, ramai pasangan bertengkar dan akhirnya blh menimbulkan kepada isu penceraian.Omaigod
 
Kebanyakan yg berdengkur ni adalah golongan lelaki.Pompuan pn ada jugak. Tp kalau husben n wife kaki dengkur, fair n squire la kan.Tp klau org mcm aku ni?MATIII.
 
Cane la aku nk berlajar coupe dgn persekitaran yang bising. Klau dlm dunia aku mmg la boleh.Sbb seboleh2 nya, sebelum aku tdo, aku akan pastikan bilik aku kedap bunyi. No anasir luar yg boleh mngancam idup aku.
 
So pagi tadi mmg aku merana, sbb aku tido dng seseorang yg kuat berdengkur. Dah la tumpang rumah org. Sampai rumah dia dlm 12.30 am. Tu pn teman dia g supper dkt KFC. Lepas smpai rumah dia, kitorg sembang2 lagi sambil tengok tv. Dlm pukul 3 am br kitorg tido. Minggu ni dh la tdo malam aku terganggu..housemate umah aku ajak teman g makan la. Mlm ni pulak tdo kt rumah org la pulak.So badan ngan mata mmg dah letih teramat.Sekali letak kepala, eh ko dh berdengkur.Senangnye ko tido eh? Tp apsal la berbunyi2.Aku pn nak tido jugak.SANGAT LA TIDAK ADIL. Tp dalam berdengkur tu aku sempat la tido2 ayam.Sebabnye dia ni rajin juga beralih posisi.Setiap kali dia tukar posisi aku msti terjaga.
 
 
Sedar tak sedar aku pn terlelap.Tak tau la berapa la.Tetiba alarm hp dia berbunyi.Aiseh dh pukul 5.30 am ke? Pastu sedar la dia bangun off alarm tu kt meja depan hujung kaki.Then dia tdo balik.Dalam pkl 5.40 dia bangun.Gerak aku.Plan nk bangun awal sbb dlm 7 am dia nk hntr aku blk umah.so dia terus blk kg kt Johor. N aku pulak g keje.
 
Aku malas la nk mndi dulu.Suh ler dia mandi.Sekali lama gila da mndi.Aku dah siap kut kemas katil.Siap smpt lg main game.Huhuhu...sempat juga dgr dia mngeran..KAHKAHKAH so funny ok.
 
So after mandi ktorg pn gerak ke Putrajaya aka rumah aku, then aku naik rumah tdo dlm 30 minit lg.Tp xtido pn, more to baring2 je. Then mandi buat kali kedua.
 
So today record aku:
1. Mandi 2 kali (6 am & 8 am) - sbb rumah dia air panas.xpuas kut
2. Tido beberapa minit/jam je
 
So like burung hantu ok.tp di siang hari.Bergaya tak?
 
ahaha
 
 
 

Isnin, 3 Jun 2013

Offline


Unable to online due to hardisc crash. Therefore im bored..huahuahua..hidup aku sebenarnye adalah TERAMAT bosan. Xbyk aktiviti pn nk di kongsi kt sini. Ramai geng aku dh kawin.so kebanyakan aktiviti aku adalah secara solo. Sbb tu la blog aku sunyi je. Sesunyi aku..sigh

.: tetiba bunyi cengkerik:.

Rabu, 22 Mei 2013

aku bebas

Di saat aku bebas untuk merayau tanpa perlu melihat jam, aku buntu. tetiba je xde idea..huii padahal time xblh bebas ni byk sgt tempat nk dituju.Apakah??

Papehal pn mggu ni aku mmg free. Sbb xperlu terkejar2 untuk solat. Aku dpt cuti from The Creator.Yeaahaaa.

So sesape kaki jalan yg xpeduli time solat, blh la ajak aku beronggeng..puahaha.Motip??

Cerita Mistik 1# : 1926 Heritage Hotel

Apa ada pada hotel ni??
 
ehsan en google

 
 Hotel ni terletak di Jalan Burma, Pulau Pinang. Kebetulan aritu aku ada interview utk sektor kerajaan. Jadinya, untuk memudahkan kerja, maka aku pilih la hotel ni memandangkan ni hotel plg dekat dgn pusat interview. Kami bertiga, aku, mak dgn adik aku. smua perempuan.
 
Sejarah Hotel
 
Dibina pada tahun 1926, ia dijadikan sebagai kediaman kepada pegawai-pegawai British dan pentadbir tempatan. Ia terdiri daripada 24 buah rumah teres yang kemudiannya telah dibaik pulih dan kini dijadikan hotel.
 
Pengalaman
 
 
Memandangkan interview tu hari bekerja(selasa kut), maka pagi isnin tu aku pn drive blk kampung. so kampung aku ni kt Perak..tp dia ni kira sempadan dgn negeri Pulau Pinang dan Kedah. Lebih kurang 5 jam, aku pn sampai la kg..then angkut barang2 mak n adik terus gerak ke Penang untuk cari tpt interview n hotel yg dekat dgn tpt tu. Maka selepas pusing2, akhirnya jmpa la tpt interview dan hotel ni..mmg dekat gila la.tp disebabkan jalan tu one way, maka jd jauh la.
 
Dengan penat dan mengantuk, so kami ambk keputusan nk rehat dlm blk tu.just keluar tuk makan je la. dalam pukul 8 mlm dah ready atas tilam.Aku pulak baring2 sambil review nota interview la kan.kang tergigil lak esok nk mnjawab.
 
Hotel ni kan 2 tingkat.Aku tgkt bawah. Mula2 tu bunyi bising dr tgkt atas.Makin lama makin kuat. Dah macam org buat renovation je.Tp xde la bunyi drill or any machine. Cuma macam bunyi org angkat papan pastu lepas blk papan tu. Then bunyi org lari. Pastu bunyi org lompat2 atas lantai papan. Smua tu jadi smpai bergegar jugak la tgkp bilik aku tu. Aku dh la penat so buat bodo je la. Benda ni berulang smpai la ke pagi. Tp aku syak la kan, hotel ni lantai dia batu kut. Apsal lak bunyi papan. Aku rasa mmg xaman btl la tdo kt situ. Dah macam tdo kt tempat construction je.
 
Rupanya, mak aku ngan adik aku dh pikir lain. Diorg kata tu keje makhluk halus. Sebabnye, lepas makan malam, mak aku ada la terpandang atas, blk atas tu mmg gelap. Yea la, time tu kan weekdays and bukan musim cuti pn. So xde la ramai sgt pn yg mnginap kt sini.
 
So esok pagi tu aku check out awal dgn mata merah, sbb xcukup tdo. Aku pn lupa lak nk tanya receptionist, apsal hotel ni bising gila? Nape buat renovation tgh2 malam? Org nk tdo kut. Korg mmg xjaga customer korang ke?
 
Now, aku xpuas hati, betul ke tu keje makhluk halus?? So aku bercadang la, one day aku nk investigate otel tu blk?harharhar tp dgn syarat kne g time hotel tu sunyi. Ada beran?? sape nk join, jom la.
 
By the way, nk masuk bilik kne lalu lorong mcm kat bawah ni. Ha sape duk ujung sekali mmg merana la..harharhar
 
 
Tp once dah masuk blk, korg dah blh kluar ikut pintu kedua (rujuk gambar bwh ni). Sebabnye setiap bilik ada pintu keluar terus tanpa melalui terowong atas td ni. Senang sket, parking keta tepi tu, then blh terus masuk bilik. Cuma org atas je xleh keluar terus, korg kne lalu tunnel tu jugak..kahkahkah.
 
 
 
Dan ni rupa bilik aku. So depan katil aku tu, belah kiri gambar ni adalah pintu kedua. Pintu utam kt sebelah toilet ni je. Dan yg paling tak best, dia pnya tilam adalah tilam xberkualiti langsung. Sekali ko tdo mmg terbenam.Tilam xkeras mcm tilam kt hotel lain. Disebabkan aku bertiga, maka aku mntak la additional tilam, sekali dpt tilam nipis je,tilam tuk org bujang.hado ke patut.
 

 
Even ni happened pada tahun 2010, tp smpai sekarang aku still xpuas hati. Sebab apa? sbb aku xdapat bukti kan tu hasil keje hantu ke orang. Aku mmg bajet tu keje manusia, tp disebabkan mak aku ngan adik aku berkeras kata tu keje hantu, maka next time, aku nk sewa lagi sekali kt hotel ni. Aku nk investigate btl2. Tp dgn syarat pegi time weekdays dan bukan dalam cuti sekolah.Ada berann??InsyaAllah, aku beran, tp adik aku xmo teman.choiii
 

Selasa, 21 Mei 2013

PENGALAMAN MENYEWA

ohoiii..kalini aku nk cite pulak pasal ragam housemate time menyewa rumah..almaklum la x mmpu nak beli rumah lagi..padahal umor dh 28 tahun..rumah pn xde lg..well kali ni aku stress!!
 
Pengalaman 1 - ipoh
 
rumah sewa pertama aku time studi dkt PUO..rumah dua tingkat, dng 2 bilik.bilik depan 2 org, bilik aku 3 org..kitorg smua 1 kelas. nk dijadikan cerita, masa final sem, ada sorg budak rumah buat hal.final sem pnya projek, dia jadi ahli lelap.sket pn xtolong.padahal kitorg ni dh smpai xcukup tido.keje dia masam muka, xnk sembang bagai.last2 bila dh smpai time presentation, baru la nk buat baik.sbbnye smua org dlm grup tu kne present..klau x fail la dia.kitorg layankan je. pnh dia kunci blk tdo aku semata2 xnk bg kwn aku masuk blk tdo tu..padahal masing2 bayar duit sewa kut.
 
dasar Khianat, n busuk ati..tetiba buat perangai.mnyesal buat baik..now kitorg mmg anti dgn dia.tp sorg mmber aku dpt tau dia stalk kitorg nye facebook!!puii
 
 Pengalaman 2 -  shah alam
 
kitorg berempat..2 org kakak sorg lg tu sebaya aku, kira kawan study time degree(bff). kalini budak rumah mmg best..xde masalah.kitorg enjoy sgt2!!.tp yg xbestnye pulak rumah tu. ktiorg asyk berperang dng lipas je. smpai akak sorg tu blh detect bau lipas..punya la dhsyt!. now dia dh kawen n ada anak 1 dh kut.
 
rindu korg!!my bff pn dah nk tunang..isk2.tahniah korang.akak 2 tu mmg aku dh lost contact.
 
 
 Pengalaman 3 - sri serdang
 
Ni rumah sewa ketiga..masa ni aku baru dpt keje kt upm-mtdc. kete pn takde, motor ada.tp tggl kt kg.so jarak rumah dgn company ada la dlm 5 km.tp aku jalan kaki.punya la jauh.siap masuk utan lg. ada sorg housemate ni, bdk kelantan, name it as ida.dia ni kje kt upm, ada motor. First day masa blk umah, terserempak la dia tepi jalan.tetiba aku perasan dia paling muka, kira xnk la pndang aku.kononnye takut aku nk tumpang motor dia la tu.fuh, gila sombong.klau ko pndang aku pn, aku xde nye nk tumpang kut.sbb aku bkn jenis ske susahkan org!
 
then aku bw motor dr kg.sbbnye aku xtahan kut asyk kne blk lewat.xkn la nk aku jalan kaki.bahaya. N smua team aku offer nk tumpangkan aku smpai umah.tp aku xselesa la.asyk susahkan org.so aku pn naik la motor.sng sket nk gerak g kedai.
 
A few months later, aku pn beli keta pertama aku,perodua viva je. Perghh time ni barulah budak2 rumah aku termasukla yg sombong td pandang aku.Sementara nk tggu keta smpai, diorg da blh plan nk jalan2.ewah, tau pulak nk plan jalan2.mentang aku ada keta.Selama ni tgk muka aku pn xnk

Pengalaman 4 - Pantai Dalam

Kali ni aku sewa kondo. Duduk berdua satu bilik. Roomate aku kalini mmg best gila, sbb... sebab dia kaki novel. Penuh bilik dgn novel. Mula-mula aku xlayan pn novel, tetiba dia offer.Memandangkan aku pn tgh bosan, aku pn baca je la.Lama2 seronok pulak.puaha. Tp kali ni aku duduk sini sekejap je. Sbb budak bilik sebelah ske meroyan. Sian roomate aku asyk jd mangsa meroyan.Dah la dia belagak gila. Last month aku contact blk roomate aku, dia pn dh pindah juga. Kenn.mmg tahan dgn mulut puaka tu. Lepas pindah kita aman kan..

 
Pengalaman 5 - bukit kerinchi
 
Rumah ni 3 bilik. total penghuni 5 org.1 bilik tu geng kelantan.Asyk masam muka je.aku tnya dia jawab sepetah. First time masuk rumah dgn housemate aku jijah.Kitorg budak baru pulak yg kne gotong royong kemas rumah.diorg tgk je.sket pn xtolong.
 
Lepas rumah dh clear, pndai pulak ko kuarkan almari dlm bilik letak kt luar.dh tu sidai tuala hapak. 1 lagi tabiat bilik kedua ni, makan pandai, buang smpai xpndai.ruang tamu tu penuh dgn sampah.aku dh sapu, ptg tu jadi blk..mmg dasar pengotor.kadang2 smpah tu dh smpai berulat.
 
 
Pengalaman 6 - Putrajaya
 
Rumah 3 bilik juga, total penghuni 3 org. aku duduk blk master, tp nama je master, kecik gila. Sorg budak sarawak.dia ni kasar sket.buat keje, tutup pintu smua berbunyi.smpai blh buat aku terkejut!nsb xde sakit jantung. blk ke-3 plk budak melaka.yg buat aku rimas, asyk nk menempek dgn aku je.rimas weyh.serius aku rimas,nak2 klau kne kuar seharian dgn dia.sbb dia jenis xsolat.ssh la aku nk jaga solat aku klau camni.
 
tiap2 hari dia msti sms aku.tension pn ada.smua benda nk gtau.xleh tdo pn nk gtau.Dh blk umah pn gtau.pastu selalu ckp ayat, xbest la jalan sorg2.klau aku xpegi,d ia pn malas nk pegi.rasa cam nk je pindah rumah.penat nk layan dia ni.
 
well kadang2 niat kita ni nk tolong org.tp bila dh tolong selalu, org pijak kepala pulak.aku jugak yg selalu kne bawa dia ke sana ke sini.pnt la. Pantang tau aku ada kt umah, msti nk ajak aku merayau. kdg2 after blk keje, pkl 10 mlm tu time aku tdo kut, pn dia nk ajak aku merayau.alasan dia BOSAN. nsb baik dia tau aku ni bertudung, klau x dia nk ajak aku g clubbing kut.huih serius klau blh aku xmo la jejak tpt tu.
 
now masalah dia, dia dh halau tenent kluar dr rumah dia.Pastu nk paksa2 aku pindah duk dng dia. Memang la dia nk bg aku sewa murah, tp klau pk2 balik, mmg nt aku xkn selesa la.mlm td pn still hasut2 aku ckp rumah sewa kt sini ada smpi RM900. yea aku tau mahal. tp klau one day tuan rumah naikkan harga rumah, tau la aku nk pindah.tp aku mmg xmo duk dgn dia.pnt weyh.dia kaki jalan, aku lak mne ada duit.pastu msti nk ronggeng dng keta aku.alasan dia keta aku keta baru.hoihh
 
 
 

Khamis, 16 Mei 2013

Ho Chin Min

Aku asyk berkira2 je nk bercuti..last smpai sekarang xde hape2 pn..so ni target aku tahun n1.jadi ke idok ke tak tau la..sbb aku ni kan nomad.kje berpindah randah.pindah company pn yea, pindah rumah pn yea..

target date :13,14,15,16 sept 2013 (4 hari 3 malam)


ni kes nk ujung tahun..aku rasa cam aku pindah company je kut.ntah la..wallahualam.hopefully jadi la.Amiiin

draft..

currently..bknnye aku xupdate..tp aku dh pn mngarang..tp tu la, bila smua idea nk terkeluar xsesabar kan..makanye smua nye jadi draft dulu..haha.so sila la bertabah ok? Once aku dh stabil, baru aku update.tq for waiting

p/s: ni la masalah bg org yg benci subjek karangan versi melayu n english.idea byk tp ayat terbantut!puaahaha

Selasa, 30 April 2013

Broken heart

well i have broken heart due to my laptop crash..seriously sakit hati..penat dh berhari2 try format n on laptop tu, tp still xblh.dh la br on blk internet..now seriously mmbazir sbb mmg xleh nk guna langsung pn..haish.

time nk guna la kau buat perangai kan..sabo je la..haha.Papehal pn aku repair kt kg la kan memandangkan time nk blk mngundi dh dekat..dh alang2..

Good news..is esok cuti!! Labour day la katakan.i really love weekend.ape aktivitinye??ntah..ikut kaki la..haha

till then..daa

Jumaat, 26 April 2013

Morning sickness

Morning sickness?hoii, aku blm kawin lg tau..haha tp dh dpt pnykt morning sickness?? Ahaha ekceli simptom ni dtg bila haku xde keje kt ofis aka keje smua dh siap.so mmg muntah hadap pc seharian kt ofis tnpa buat ape2..

So hape kejadahnye mngadap pc tp xbuat pape?haha kekdahnye blogwalking la..igt blh la keluar jalan2 dlm dunia maya ni..sekali smua blog dh habis baca da..dah la xde update blog..makanye pykt ni menyerang kembali..hayarkkk!!


k bai

Khamis, 25 April 2013

Blog yang ke berapa ntah daa

aku amek kt google je.


mehmehmeh...ni blog yg keberapa ntah la...akhirnya aku nekad nk buat blog baru lg.sbbnye previous blog adalah di privatekan di atas sebab2 tertentu, tp owner dia pun da lupa address dia n password..ape pnya org da..hahaha..so ni la hasilnye.

blog ni akan jadi tpt aku cite smua benda yg bermain dlm fikiran aku ni..hopefully akan jd mcm diari aku la..rajin ke x aku nk update, wallahualam..

doakan kan yea..

till then..da